Hari demi hari aku banyak belajar dari kawan-kawan soal kasih sayang, cinta, pengorbanan , cinta terhalang, setia, jujur, dan sebagainya.. Dan kini aku mula belajar menjadi seorang perempuan yang lebih berani yang perlu menghadapi pelbagai rintangan yang sedang menanti kehadiranku disana.. Aku banyak belajar dari Diyana, Rabiah, Redzuan, Farhana, Assyikin, Afizah, Fazu, Shakeer, dan ada beberapa ramai kawan yang selalu aku berkongsi cerita dan pendapat.. Bukan dari mereka sahaja, malah aku sudah merasai bagaimana timbulnya perasaan cinta dan sayang pada seseorang yg disayangi..
Aku tidak boleh menafikan bahawa aku seorang sahaja yang boleh mengawal diri daripada bercinta..Semua manusia akan berhadapan dengan cinta tanpa mengira usia,kaum mahupun agama termasuklah aku..Tiada perbezaan sedikit pun... Tetapi pandangan remaja dalam mengenali erti cinta dan kasih sayang telah disalahgunakan dengan sesama manusia secara tidak ikhlas.. Sebenarnya, manusia telah mengenal erti cinta dan kasih sayang dari Allah s.w.t, sebelum anak itu dilahirkan ke buana ini.. Kemudian, mengenal erti cinta dan kasih sayang dari Rasul ketika kita membaca Al-Quran yang mengandungi segala kisah silam dahulu kala.. Seterusnya, mengenal erti cinta dan kasih sayang dari ibu bapa ketika mereka menjaga dan mendidik anak untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah.. Selain itu,mengenal erti cinta dan kasih sayang dari sahabat ketika kita senang atau susah, sahabatlah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk terus berusaha tanpa putus asa...Dan akhir sekali, mengenal erti cinta dan kasih sayang dari seseorang yang disayangi ketika kita kesunyian.. Bukan itu sahaja, dari dialah, kita dapat merasai kejujuran dan kesetiaan yang tidak terhingga..
Inilah pandangan dari sahabatku yang dapat aku berkongsi cerita dan aku merumuskan secara pukal..Aku dapat membezakan yang mana cinta sementara dengan cinta berkekalan.. Bukan aku ingin menujuk bahawa aku adalah perempuan solehah.. Aku juga manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan mempunyai kekurangan seperti perempuan lain... Sememangnya aku akui dengan kekuranganku ini tetapi aku sebagai wakil dari pihak perempuan yang berfikiran waras, yang sebenarnya CINTA DARI ALLAH S.W.T adalah cinta berkekalan berbanding dengan CINTA DARI KEKASIH adalah cinta sementara yang belum tentu suatu hari nanti dia menjadi milik kita hingga akhir hayat..
Seperti mana yang kita pernah dengar kata-kata orang..
Di dunia, tiada satu pun cinta yang lebih indah melainkan cinta dari Allah s.w.t kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang kerana Allah sentiasa mengasihi dan menyayangi umat-Nya.. Jika kita melakukan sebanyak mana dosa kita kepada-Nya dan sentiasa bertaubat kepada-Nya, Allah s.w.t sentiasa memaafkan dan memberi keampunan kepada umat-Nya kerana Dia Maha Pemaaf dan Maha Pengampun..
Amin..
Sekian..