Thursday, 22 November 2012

Seperti biasa jer....

Sekarang Dayah macam biasa ja... X ada perubahan dalam diri Dayah.... Kadang-kadang senyum, kadang-kadang seronok, kadang-kadang sedih dan kadang-kadang gila-gila sikit... :P

Sekarang Dayah berhadapan dengan exam STPM, exam yang menentukan hala tuju Dayah pada masa depan tapi Dayah x pasti sama ada Dayah dapat teruskan lagi dengan niat Dayah nak sambung ke universiti atau x... Bila dengar cita adik kata nak sambung belajar kat oversea (Korea) terasa pula Dayah nak tolong dia kejar niat diapi sana... Ye la nak wat pasport lagi, barang-barang perkakas dia nak pi sana lagi la apa la... Memang la yang perbelanjaan untuk kos belajar dia kerajaan yang tanggung tapi duit untuk belanja makan minum dan pi shopping lagi x kan nak suruh dia guna duit biasiswa lagi kowt???

Dayah tengok mak tiap2 hari balik keja mesti penat... Dengan pikir nak bayar duit rumah, duit bil lagi, Mesti mak x larat nak tampung belanja adik sorang-sorang... Tengok la adik sorang ja dah belanja brapa ratus dengan beli barang sekolah dia saja x tambah lagi dengan duit belanja dan barang sekolah kami... Nasib kami guna duit gaji kerja sendiri... Errmm.. Kalau ada kesempatan lagi sebelum Dayah dapat masuk belanja kat mana-mana U (itupown dengan keizinan Allah kalau Dayah diberi peluang masuk U)  Dayah nak cari duit simpanan dulu nanti kalau-kalau ada masalah pasai duit boleh la Dayah tolong depa.... Bukan untuk diri Dayah ja tapi untuk family Dayah jugak... Kalau kawan-kawan Dayah nak minta tolong pown Dayah akan cuba tolong tapi ikut kemampuan Dayah la jugak.. Kadang-kadang Dayah x boleh tolong luar kemampuan Dayah... ermmm

Apa-apa pown bagi Dayah peluang nak sambung belajar dan dalam masa yang sama Dayah nak cari duit untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga.... Ya Allah, murahkanlah rezki kami sekeluarga, kuatkanlah dan sihatkanlah tubuh kami untuk terus mencari rezki dan terus sambung belajar untuk mencari ilmu-Mu..... Amin...

Salam sayang dari Dayah... ;-)