Kini Dayah mampu ceria dan hati pown dah senang.. X taw la sebab apa... hehehe... Sekarang Dayah kna selsema nasib baik x teruk..huhu...
Tadi pagi dah sakit perut lepas makan nasi goreng Nana belanja.. Ntah apa la dia jampi pada nasi goreng tue... huhu Dah tue plak Dayah ngan Syikin penat dengan sakit badan la bagai sampai xdak mood nak melawak... Nak bercakap pown dah x larat.. Dayah ngan Syikin sempat lagi tidoq dlam klas masa PA... hehe sowy cikgu...
Tapi walaupown Dayah penat tapi hati Dayah mula ceria sbab dapat tgok dia... Sayang Dayah x sembang ngan dia... Bodoh btul la Dayah nie...
Dayah harap persahabatan Dayah x akan berhenti.. Perasaan Dayah.. Errrmmmm,, x taw la... TApi macam mana pown Dayah x mau hilang kawan yang penyabar mcam dia... ;)
Comel kan patung nie?? Dayah dapat masa ada hari kerjaya kat skowl PFS tadi... Tadi kat skowl ada hari kerjaya n cikgu mintak Dayah untuk jadi MC untuk majlis tue.. Dayah berganding dengan Amirin kawan sekelas Dayah.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan Dayah pown x gagap n gementar masa bagi ucapan.... Dayah happy sbab dapat bawak tugas tue.. First time Dayah jadi MC.. Mmg happy, enjoy ngan kawan2 n cikgu tapi hati rasa sunyi.. :(
Pagi tadi Dayah mesej dia tapi dia ngah tension x pi skowl.. X palah Dayah pown biar ja la dia pi release tension lagipown x baik kalaw biar dia pendam lama-lama dalam hati... :) Dayah x nak tengok dia tension2... Dia pernah cakap kat Dayah yang dia x suka tengok Dayah tension2, Dayah pown x suka tegok dia marah apatah lagi bila dia marah..
Pernah sekali dia marah2 kat kelas BM masa tue dia bertengkar ngan 3 mangkuk ayun perasan bagus... Masa dia marah tue Dayah nampak urat kat kepala dia... Terkejut n takut Dayah bila tengok dia... :(
Masa Dayah dengan kawan2 pi melawat pameran kat dewan, kami pi kat satu pameran nie dari kojel pergigian... Kolej pergigian nie Dayah ingat lagi masa skowl rendah, banyak kali nama Dayah kena panggil pi check gigi.. huhu sedih betul....:(.. Tapi yang bestnya pi sana sebab nurse2 sana akan bgi patung comel macam kt atas nie lepas selesai check gigi... :)... Best gak bila dapat patung nie.. macam budak2... Actually, ada banyak lgi patung yg depa simpan.. Tadi kami berebut memilih patung comel2 tue... hehe... Kakak n abang kolej pergigian tue boleh gelak kt kami n kata kt kami nie mcam budak2.. hahaha
Dayah tertarik ngan patung nie.. Ntah lah sbab apa... Niat Dayah nak bgi bnda nie kt dia... Mgkin bila Dayah bgi patung nie dia boleh simpan buat kenangan... :)... Tapi bila fikir blik x kan dia minat ngan barang budak2 nie... Mesti dia ingat yg Dayah nie dah x dak bnda len dah nak bgi kt dia... huhu.. :(.. X pala.. Dayah simpan ja la patung nie dulu sementara tunggu dia hilangkan tension dia tue... Sambil2 tue Dayah boleh pandang puas2 kt patung nie... hehe :$.. Nanti bila dia dah okay, nanti Dayah bgi patung nie kt dia... Itu pown klaw dia suka... Dayah x mau paksa trima.. :)
Sekarang nie dia ngah tension, Dayah cuba nak teman dia n tenangkan dia... Rasanya Dayah x berjaya nak tenangkan dia.. huhu.. Macam mana erk bekas kekasihnya dulu boleh tenangkan dia.. Kena belajar kat dia nie... hahaha Dayah dah mula merepek dah... XD
Dayah cuba nak tenangkan dia tapi dia tetap nak bersedih.. Dayah dengar dri kawan rapat dia yang dia dgn kawan dia dah x bersembang lagi.. Ermm kesian depa,, Dah kawan lama tapi bergaduh plak... Dayah niat nak satukan blik BFF depa tapi ntah la... :(.. Dayah harap sangat yang depa boleh berbaik balik... X pala bgi la depa masa dlu nak release tension n selesaikan masalah sendiri... Klau Dayah masuk campur pown dah tentu x akan menjadi... XP buat teruk plak aku nie...
Lepas nie, Dayah x taw akan yang akan berlaku sama ada perkara nie akan berterusan @ x tue terletak kt tangan depa... Dayah doakan moga depa dapat berbaik semula... :)))
Tolonglah jangan pisahkan persahabatan kami dan kebahagiaan kami dan satukanlah kami menjadi kawan sejati selamanya... Nie khas untuk kawan2 Dayah n si dia klaw boleh Dayah nak dia sentiasa ngan Dayah sbab Dayah S_Y__G Dia.... :) :$ ;)...
Seperti biasa yang aku lalui sepanjang tahun, senyum dan masam... Bila aku bersama kawan-kawan, aku senyum dan ketawa riang :D...Bila aku keseorangan, aku bermasam muka :(..... hmmm....
Tetapi bila aku bersama dengan si dia, aku akan sentiasa gembira.... :D... Dia sudah baca blog aku 2 hari lepas, Ermmm tak tawu nak kata apa reaksi dia bila baca blog aku... Sudah tentu la dia marah... Ermmm lantak la... Hahaha...:D
Sememangnya aku bahagia bila dia datang dalam hidup aku... Setiap kali mereka akan mengejek aku dengan nama dia.... Dan aku pula hanya mahu tersenyum sahaja :)... Kalau aku marah, nanti mereka anggapkan aku ini tidak boleh melawak dengan mereka...
Dia ada beritahu kepadaku yang kawan kelasnya sindir kami yang sudah bercinta tapi dia nafikan bahawa kami ini hanya sekadar kawan.... :).. Lawak la pulak bila mereka mengejek macam itu...
Aku dengan kawan-kawan sering membuka cerita angan2 kami baru-baru ini... Kami bercerita jikalau kehidupan kami seakan-akan dengan cerita drama-drama Korea yang sering ditayangkan dalam kaca televisyen... Hehe... :$.. Tetapi aku hanya mampu berangan sahaja... :P
Seperti biasa kawan-kawan akan sindir aku dengan nama dia dan sekarang mereka sudah mula menyindir aku dengan nama panggilan barunya (Abg Borders la, QB la, wat karangan BM sama2 la, moto lagenda la,itu la, ini la,) hahaha...
Aku tak boleh membantah kerana perkara itu sememangnya betul... Aku hanya mampu berdiam dan bersabar... huhu :').. Aku pernah ceritakan perkara ini kepadanya tetapi dia diam dan kata 'biar la'... Kadang-kadang aku geram juga dengan dia.... haizzz.... Tetapi tak kisah la... Benda sudah berlalu :D...
Kini, aku amat bahagia dengan mereka semua termasuk si dia... Bukan dengan keluarga aku tak bahagia.. Aku bahagia dengan keluarga hanya di rumah... Dan aku pula tak perlu berasa risau lagi bila melihat keadaan dia kerana dia sudah melarang aku untuk aku tidak bersikap rasa bersalah lagi... Tetapi aku tetap risau kerana buat masa sekarang ini dia tidak membeli sebarang makanan di kantin pada waktu rehat hanya disebabkan dia mahu mengumpul duit untuk membeli sarung tangan bola sepak... Huhu..
Kadang-kadang bila dia mesej dengan aku mengatakan yang dia 'lapar :(....' Manjanya dia.... hehe... Mesti comel kalau dia kata begitu depan aku.... :$... Pernah sekali dia berperangai macam budak2 di depan aku... Memang comel gelagat dia... Hehehe... :)
Ini cerita yang sering kami angan2kan dari tadi... Hahaha... Memang lawak... :D.. Adakah kami akan kebahagiaan yang semanis cinta dalam drama ini??? Sama2lah kita nanti suatu hari nanti...
;) Sekian... Salam Sayang dariku.. ;)
Sunday, 23 September 2012
Aku sudah banyak menyusahkan kehidupannya.. Disebabkan aku, dia terpaksa berhadapan dengan caci maki dari rakan-rakannya...
Aku sudah banyak menyusahkan kehidupannya.. Disebabkan aku, dia terasa terkongkong dengan tindakan aku...
Aku sudah banyak menyusahkan kehidupannya.. Disebabkan aku, dia tidak merasakan kebebasan sebenar yang dia impikan...
Aku sudah banyak menyusahkan kehidupannya.. Disebabkan aku, dia tidak boleh menjalani kehidupannya seperti orag lain...
Aku sudah banyak menyusahkan kehidupannya... Disebabkan aku, dia menjadi keliru untuk membuatkan pilihan dalam hidupnya..
Tujuan aku bukanlah mahu menyusahkan dia tetapi aku hanya mahu dia selamat dan gembira selalu.. tetapi aku sudah musnahkan harapannya untuk dia hidup dengan bebas... Aku sudah membuatkan dia terikat dengan janji.. Kasihan dia.. :'(...
Sekarang aku akan membiarkan dia teruskan kemahuan dia untuk dia mencari kebebasan yang dia impikan selama ini.. Cukuplah keluarganya mengongkong dirinya dan aku tidak mahukan mengongkong dia lagi tetapi ada hadnya untuk aku mengongkong dirinya..
Maafkan aku kerana membuatkan kau berasa rimas dengan tindakanku ini... Carilah kebebasan yang kau mahukan asalkan kau tidak lupa diri dan melupakan orang yang masih menyayangi dirimu..
Aku mahu kau hidup bebas seperti rama-rama yang terbang bebas ke mana sahaja.. Aku tidak mahu melihat kau dihina dan tersesak seperti kau alami sekarang ini... :')
Kini tinggal sebulan lebih untuk aku menduduki peperiksaan STPM... STPM adalah penentuan masa depanku di kemudian kelak..Aku berharap agar aku dapat menjawab peperiksaan dengan tenang tetapi segala persediaan awal belum dibuat.. Aku mengharapkan aku dapat mencapai cita-citaku untuk terus belajar hingga ke menara gading.. Tetapi adakah aku sudah bersedia untuk aku lalui kehidupan baruku di sana nanti?? Sudahkah aku bersedia untuk aku tinggalkan kenangan lamaku bersama keluarga dan kawan-kawanku semata untuk mengejar cita-cita yang belum tentu menjadi kenyataan pada diriku?? :'(...
Aku tidak mengharapkan jurusan yang aku inginkan,cukuplah aku mengambil jurusan yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaanku dan mengikut kemampuan diriku untuk aku belajar jurusan yang aku ceburi.. Kata Cikgu Rahamatullah, guru Pengajian Am Tingkatan 6.. Pendidikan yang tinggi tidak akan mencapai kejayaan dan menjamin pekerjaan.. Jika ingin berjaya dalam hidup dan menjamin pekerjaan adalah dari segi pengalaman kita sama ada pengalaman bekerja mahupun pengalaman hidup..
Kehidupanku berubah sama sekali apabila si dia muncul dalam hidupku yang dahulunya aku menjadi seorang pendiam dan kini aku menjadi seorang yang suka bergurau senda dan hormat dengan orang lain... Walaupun aku sudah banyak menyakiti hati ramai orang tetapi perasaan bersalah masih ada dalam diriku.. Perasaan takut masih terbayang dalam hatiku.. Si dia sentiasa bersama denganku sama ada aku bahagia atau sedih.. Katanya, dia tidak suka melihat orang lain sedih.. Dia suka melihat orang bahagia daripada dia yang bahagia..Dia kata dia tidak suka melihat aku tertekan... Aku rasa bertuah kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan seorang insan untuk sentiasa ada denganku..
Dia juga seperti aku... Dia pernah dikecewakan dan dtinggalkan oleh bekas kekasihnya.. Walaupun dia telah ditinggalkan tetapi dia masih mengharapkan agar bekas kekasihnya gembira bersama pasangan barunya.. Aku dan dia menjadi kawan rapat dan selalu membuat aku gembira bila aku bersedih dan tertekan... Lawak dan tawanya menarik perhatianku untuk aku terus kenangkannya.. Dia masih mengenangkan kenangannya tetapi dia tidak mengharapkan untuk mendapatkan semula haknya.. Dia sentiasa bersabar dan terus bersabar, kadang-kadang aku berasa kasihan padanya.. Dia sanggup menerima kutukan daripada rakan sekelasnya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang berjiwa galak...
Aku tidak sanggup melihat dia selalu dihina sebegitu malah dihina lebih teruk dari itu.. Tetapi dia sentiasa bersabar sahaja...Katanya dia dilahirkan di dunia belajar untuk bersabar, dia hanya mampu bersabar sahaja.. itulah bisikan dia di telingaku.. Aku berasa tenang melihat dia yang terus bersabar dan kadang-kadang aku geram dengan dia kerana membiarkan rakan2nya memijak kepala... Dengan tingkat lakunya itu membuatkan aku mula sayangkan dia...
Kami terus bersama walaupun dia sudah tahu perasaan aku padanya tetapi aku belum bersedia untuk menerimanya menjadi teman hidupku.. Begitu juga dengannya, kami tetap bersama dan dia terus membahagiakan aku sehingga sekarang... Pandangan rakan2 ku melihat kami seperti pasangan kekasih tetapi kami tidak mempedulikan dengan kata-kata mereka kerana kami tahu bahawa kami hanya sekadar berkawan... Aku ada mengubahsuai gambar kami dan aku tunjukkan padannya.. Dia tergamam dan dia seperti tidak kisah dengan gambar itu.. Aku bersyukur kerana dia tidak marah padaku tetapi aku dapat merasakan bahawa dia tidak suka jika aku berbuat demikian.. Aku sudah mengubahsuai beberapa gambar kami tetapi aku tidak tunjuk padanya kerana takut dia rimas dan aku pula mula cepat perasan... :$
Aku betul-betul bersyukur pada Allah s.w.t. kerana memberikan aku seorang insan yang kuat penyabar sepertinya.. Jika boleh aku tidak mahu kehilangan dia dalam hidupku... Cukuplah aku sudah kehilangan nenekku yang ku sayang... Walaupun aku sudah banyak menyusahkan dan mengganggu hidupnya tetapi dia tetap mahu bersama denganku untuk membahagiakan aku.. Aku sedar bahawa aku bukan perempuan yang layak untuknya dan aku tidak memaksanya untuk dia memilih aku menjadi teman hidupnya... Itu keputusan masing-masing... Tetapi aku berharap padanya supaya dia tidak tinggalkan aku... Aku tidak mahu kehilangan orang yang ku sayang buat kali kedua...:'(... Aku tidak mahu kehilangan keluargaku, aku tidak mahu kehilangan kawan-kawanku dan aku tidak mahu kehilangannya kerana aku hanya ada mereka di dunia ini dan aku sayangkan mereka...
Aku berharap agar aku akan kekal bersama dengan mereka semua dan tak akan untuk aku melupakan mereka terutamanya si dia yang sentiasa bersama denganku tanpa mengira masa... Kekalkan hubungan kami hingga akhir hayat...