Kini tinggal sebulan lebih untuk aku menduduki peperiksaan STPM... STPM adalah penentuan masa depanku di kemudian kelak.. Aku berharap agar aku dapat menjawab peperiksaan dengan tenang tetapi segala persediaan awal belum dibuat.. Aku mengharapkan aku dapat mencapai cita-citaku untuk terus belajar hingga ke menara gading.. Tetapi adakah aku sudah bersedia untuk aku lalui kehidupan baruku di sana nanti?? Sudahkah aku bersedia untuk aku tinggalkan kenangan lamaku bersama keluarga dan kawan-kawanku semata untuk mengejar cita-cita yang belum tentu menjadi kenyataan pada diriku?? :'(...
Aku tidak mengharapkan jurusan yang aku inginkan,cukuplah aku mengambil jurusan yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaanku dan mengikut kemampuan diriku untuk aku belajar jurusan yang aku ceburi.. Kata Cikgu Rahamatullah, guru Pengajian Am Tingkatan 6.. Pendidikan yang tinggi tidak akan mencapai kejayaan dan menjamin pekerjaan.. Jika ingin berjaya dalam hidup dan menjamin pekerjaan adalah dari segi pengalaman kita sama ada pengalaman bekerja mahupun pengalaman hidup..
Kehidupanku berubah sama sekali apabila si dia muncul dalam hidupku yang dahulunya aku menjadi seorang pendiam dan kini aku menjadi seorang yang suka bergurau senda dan hormat dengan orang lain... Walaupun aku sudah banyak menyakiti hati ramai orang tetapi perasaan bersalah masih ada dalam diriku.. Perasaan takut masih terbayang dalam hatiku.. Si dia sentiasa bersama denganku sama ada aku bahagia atau sedih.. Katanya, dia tidak suka melihat orang lain sedih.. Dia suka melihat orang bahagia daripada dia yang bahagia..Dia kata dia tidak suka melihat aku tertekan... Aku rasa bertuah kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan seorang insan untuk sentiasa ada denganku..
Dia juga seperti aku... Dia pernah dikecewakan dan dtinggalkan oleh bekas kekasihnya.. Walaupun dia telah ditinggalkan tetapi dia masih mengharapkan agar bekas kekasihnya gembira bersama pasangan barunya.. Aku dan dia menjadi kawan rapat dan selalu membuat aku gembira bila aku bersedih dan tertekan... Lawak dan tawanya menarik perhatianku untuk aku terus kenangkannya.. Dia masih mengenangkan kenangannya tetapi dia tidak mengharapkan untuk mendapatkan semula haknya.. Dia sentiasa bersabar dan terus bersabar, kadang-kadang aku berasa kasihan padanya.. Dia sanggup menerima kutukan daripada rakan sekelasnya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang berjiwa galak...
Aku tidak sanggup melihat dia selalu dihina sebegitu malah dihina lebih teruk dari itu.. Tetapi dia sentiasa bersabar sahaja...Katanya dia dilahirkan di dunia belajar untuk bersabar, dia hanya mampu bersabar sahaja.. itulah bisikan dia di telingaku.. Aku berasa tenang melihat dia yang terus bersabar dan kadang-kadang aku geram dengan dia kerana membiarkan rakan2nya memijak kepala... Dengan tingkat lakunya itu membuatkan aku mula sayangkan dia...
Kami terus bersama walaupun dia sudah tahu perasaan aku padanya tetapi aku belum bersedia untuk menerimanya menjadi teman hidupku.. Begitu juga dengannya, kami tetap bersama dan dia terus membahagiakan aku sehingga sekarang... Pandangan rakan2 ku melihat kami seperti pasangan kekasih tetapi kami tidak mempedulikan dengan kata-kata mereka kerana kami tahu bahawa kami hanya sekadar berkawan... Aku ada mengubahsuai gambar kami dan aku tunjukkan padannya.. Dia tergamam dan dia seperti tidak kisah dengan gambar itu.. Aku bersyukur kerana dia tidak marah padaku tetapi aku dapat merasakan bahawa dia tidak suka jika aku berbuat demikian.. Aku sudah mengubahsuai beberapa gambar kami tetapi aku tidak tunjuk padanya kerana takut dia rimas dan aku pula mula cepat perasan... :$
Aku betul-betul bersyukur pada Allah s.w.t. kerana memberikan aku seorang insan yang kuat penyabar sepertinya.. Jika boleh aku tidak mahu kehilangan dia dalam hidupku... Cukuplah aku sudah kehilangan nenekku yang ku sayang... Walaupun aku sudah banyak menyusahkan dan mengganggu hidupnya tetapi dia tetap mahu bersama denganku untuk membahagiakan aku.. Aku sedar bahawa aku bukan perempuan yang layak untuknya dan aku tidak memaksanya untuk dia memilih aku menjadi teman hidupnya... Itu keputusan masing-masing... Tetapi aku berharap padanya supaya dia tidak tinggalkan aku... Aku tidak mahu kehilangan orang yang ku sayang buat kali kedua...:'(... Aku tidak mahu kehilangan keluargaku, aku tidak mahu kehilangan kawan-kawanku dan aku tidak mahu kehilangannya kerana aku hanya ada mereka di dunia ini dan aku sayangkan mereka...
Aku berharap agar aku akan kekal bersama dengan mereka semua dan tak akan untuk aku melupakan mereka terutamanya si dia yang sentiasa bersama denganku tanpa mengira masa... Kekalkan hubungan kami hingga akhir hayat...
No comments:
Post a Comment