Thursday, 26 June 2014

Kebahagiaan yg sederhana






Assalamualaikum, daha lama benar aku tak layari blog nie...
Sekarang nie masa yang sesuai untuk aku ceritakan kisah bahagia aku bersama keluargaku dan si dia..:)
Aku berasa senang dengan keluargaku dan si dia... Walaupun banyak perkara yang sudah menjadi kenangan perit yang kami lalui atas sebab dosa-dosa kecil yang dilakukan tapi kami sentiasa saling bermaafan dan berusaha untuk memujuk hati mereka yang sudah sakit...



Adik aku sedang sambung belajar di Melaka, entah senang atau susah kehidupan dia di sana... Makan atau tak? selesa atau tidak? haisshhh !!! Kami sentiasa doakan untuk adik kami agar dia selamat di sana... Kami nie plak... Aku dan adik kedua aku masih bekerja sambil menunggu panggilan... Aku sedang menunggu panggilan dari kerja kerajaan dan diyana masih menunggu panggilan sambung belajar.... Kami sentiasa tolong Mak untuk mencari pendapatan lebih... ;)



Si dia plak? hehehe... Alhamdulillah.. Kami masih lagi bersatu walaupun dulu ada kata putus yang mengejut dari mak... Itu adalah kesalahan aku... Disebabkan aku, dia dapat nama buruk... Tapi alhamdulillah, dia masih menerima aku lagi menjadi teman hidup dia... Kami jarang mesej kerana aku kasihankan dia yang tidak cukup rehat dengan kerja... Pagi kerja, tengah hari kerja, petang kerja lepas tue, kerja pagi balik.... Masa tak tentu... Aku tak tegar melihat dia begitu yang sentiasa kurus bila kami bertemu... Aku berharap dia akan berubah hati untuk mencari pekerjaan baru khusunya pekerjaan di kerajaan agar dapat menjamin masa depan dan dapat la dia rehat dengan lebih lama... hehehehe



Tidak terlupa juga kepada kawan2 aku yang selalu bersama aku dan sentiasa ingin mengeratkan hubungan silaturahim kami dari sekolah ( cuma aku ja yang dah lama tak bukak facebook) heehehe
Aku berharap persabahtan kami sentiasa bersatu hingga akhir hayat kami semua... ;)



 Dengan kebahagian yang sederhana ini sudah cukup sempurna untuk hidup aku....
Aku tak perlukan kekayaan, pangkat, @ darjat untuk membahagiakan kami...Cukuplah dengan kejujuran, kebaikan,keikhlasan, dan tanggungjawab dalam diri kami dapat memberi kebahagiaan yang baik buat kami... Hanya secara sederhana....


Cukuplah sampai sini sahaja aku bercerita... Aku akan bercerita lagi jika aku ada masa.... 
bye2, assalamualaikum... :) ;)






















Sekian terima kasih... :)