Assalamualaikum, daha lama benar aku tak layari blog nie...
Sekarang nie masa yang sesuai untuk aku ceritakan kisah bahagia aku bersama keluargaku dan si dia..:)
Aku
berasa senang dengan keluargaku dan si dia... Walaupun banyak perkara
yang sudah menjadi kenangan perit yang kami lalui atas sebab dosa-dosa
kecil yang dilakukan tapi kami sentiasa saling bermaafan dan berusaha
untuk memujuk hati mereka yang sudah sakit...
Adik
aku sedang sambung belajar di Melaka, entah senang atau susah kehidupan
dia di sana... Makan atau tak? selesa atau tidak? haisshhh !!! Kami
sentiasa doakan untuk adik kami agar dia selamat di sana... Kami nie
plak... Aku dan adik kedua aku masih bekerja sambil menunggu
panggilan... Aku sedang menunggu panggilan dari kerja kerajaan dan
diyana masih menunggu panggilan sambung belajar.... Kami sentiasa tolong
Mak untuk mencari pendapatan lebih... ;)
Si
dia plak? hehehe... Alhamdulillah.. Kami masih lagi bersatu walaupun
dulu ada kata putus yang mengejut dari mak... Itu adalah kesalahan
aku... Disebabkan aku, dia dapat nama buruk... Tapi alhamdulillah, dia
masih menerima aku lagi menjadi teman hidup dia... Kami jarang mesej
kerana aku kasihankan dia yang tidak cukup rehat dengan kerja... Pagi
kerja, tengah hari kerja, petang kerja lepas tue, kerja pagi balik....
Masa tak tentu... Aku tak tegar melihat dia begitu yang sentiasa kurus
bila kami bertemu... Aku berharap dia akan berubah hati untuk mencari
pekerjaan baru khusunya pekerjaan di kerajaan agar dapat menjamin masa
depan dan dapat la dia rehat dengan lebih lama... hehehehe
Tidak
terlupa juga kepada kawan2 aku yang selalu bersama aku dan sentiasa
ingin mengeratkan hubungan silaturahim kami dari sekolah ( cuma aku ja
yang dah lama tak bukak facebook) heehehe
Aku berharap persabahtan kami sentiasa bersatu hingga akhir hayat kami semua... ;)
Dengan kebahagian yang sederhana ini sudah cukup sempurna untuk hidup aku....
Aku
tak perlukan kekayaan, pangkat, @ darjat untuk membahagiakan
kami...Cukuplah dengan kejujuran, kebaikan,keikhlasan, dan tanggungjawab
dalam diri kami dapat memberi kebahagiaan yang baik buat kami... Hanya
secara sederhana....
Cukuplah sampai sini sahaja aku bercerita... Aku akan bercerita lagi jika aku ada masa....
bye2, assalamualaikum... :) ;)
Sekian terima kasih... :)
No comments:
Post a Comment